AL-FATIHAH - PELAKON VETERAN HASHIM ABDUL RAHMAN DIJEMPUT ILAHI
Pada jam 6.45 pagi tadi, pelakon veteran, Hashim Abdul Rahman, 75, telah meninggal dunia akibat komplikasi pelbagai penyakit di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.
Berita sedih tersebut disahkan oleh anak lelakinya yang juga pelakon, Buzen Hashim.
Allahyarham dilaporkan sudah lebih seminggu terlantar di HRPB akibat beberapa komplikasi penyakit termasuk diabetes dan masalah buah pinggang.
Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur untuk disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, selepas solat Asar.
Allahyarham yang membintangi pelbagai drama dan filem popular tempatan selain pernah memegang jawatan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) pada 1991 itu meninggalkan seorang isteri, tiga cahaya mata dan sembilan cucu.
.
sumber:sinar plus