Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi, Khabar Duka Dari Pelakon Film Terkenal Lisa Surihani Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)

Innalilahi, Khabar Pilu Dari Pelakon Film Terkenal Lisa Surihani Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)
SEMALAM, tepat jam 1.30 petang SS dihubungi Zubir daripada MIG Production memaklumkan berita kematian ayah pelakon jelita, Lisa Surihani. Bapa bintang utama filem I'm Not Single itu disahkan meninggal dunia kerana penyakit barah hati.

Apa yang SS tahu, sebelum ini ayah pemenang Anugerah Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-21 (FFM 21) itu, Mohamed Mahbob menjalani rawatan di Hospital Selayang sejak September lalu. Namun, dua minggu lalu Allahyarham dibenarkan keluar hospital.

Bagaimanapun, Tuhan lebih menyayanginya, tepat jam 8.15 malam Jumaat lalu, Mohamed menyahut panggilan Ilahi di sisi isteri, Siti Amira Ahmad dan lima anaknya di kediaman adik arwah di Bukit Kiara. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Sabtu lalu.

Mengikut cerita yang SS dengar daripada rakan yang pernah menemubual Lisa baru-baru ini, Lisa ada bercerita mengenai keadaan ayahnya yang tidak sihat. Malah, ibunya yang setia di sisi pun memaklumkan mereka sekeluarga bermalam di hospital.

Ia untuk memberi sokongan kepada bapanya untuk segera pulih. Bahkan, SS juga diberitahu doktor juga pernah memaklumkan supaya arwah ayah Lisa menjalani pembedahan. Namun, sama ada pembedahan itu dilakukan atau tidak, SS kurang pasti.

Apapun, SS ucapkan takziah pada Lisa dan keluarga. Semoga tabah menghadapi dugaan besar daripada Tuhan ini. SS juga doakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan tempatkan di sisi umat Islam yang beriman dan beramal soleh.