Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Salam Takziah!! Amyra Rosli Mohon Doa Orang Ramai, Begini Keadaan Terkini Suami Dan Anaknya!

Pelakon, Amyra Rosli berkongsi khabar duka apabila suaminya yang juga pelakon, Amar Baharin serta anak lelaki mereka, Aqeef Anaqi terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Alami Batuk Berpanjangan

Amyra dalam satu hantaran di Instagram menjelaskan bahawa suami dan anak lelaki mereka mengalami batuk yang berpanjangan, namun masih berada dalam keadaan yang baik.

“Superman & superboy saya tewas untuk raya 2023. Sorry sangat tak dapat datang untuk beberapa jemputan rumah terbuka.

Tetapi jangan risau diorang baik-baik sahaja cuma batuk berpanjangan.”-kongsi Amyra di Instagram

Memohon doa orang ramai agar Amar dan Aqeef cepat sembuh, Amyra turut meminta pengikutnya di Instagram untuk berkongsi tip untuk menyembuhkan batuk.

“Doakan kesembuhan untuk superman saya 🤲🏻🥰. Kalau ada tips untuk kurangkan/hilangkan batuk share okay.”-tulis Amyra lagi.

Video,

Video Player
00:00
00:09

Peminat Kongsi Petua

Perkongsian Amyra dihujani dengan komen peminat dan rakan selebriti seperti Fizo Omar dan Fendy Bakry yang menitipkan doa agar diberikan kesembuhan, malah ramai yang turut berkongsi petua yang boleh diamalkan oleh keluarga selebriti ini.

“Thank you Mommy paksa pergi hospital 😂😂.”-Amar Baharin

“Get well soon bratha…Aaaminn.”-Fendy Bakry

“Air reburan cengkih masak sampai nak warna macam teh tu. Dah suam perah lemon dan madu asli. Amalkan memang menjadi.”

“Doktor ada bagitahu saya… Batuk memang ambik masa yang lama nak untuk sembuh. Cuba cari air kelapa laut. Baik untuk sembuhkan batuk InsyaAllah.”

Sumber Murai!