Ibu Kepada Penyanyi Terkenal Meninggal Dunia- Al Fatihah
Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly memberitahu doktor sudah melakukan yang terbaik namun Allah lebih menyayangi arwah ibunya yang dipanggil umi.
“Doktor dah cuba yang terbaik tapi bukan rezeki... Allah lebih sayangkan umi. Saya reda dengan pemergiannya. Sekarang saya masih dalam proses menguruskan jenazah di hospital. Mungkin akan dibawa ke surau berdekatan dengan rumah.
“Saya akan lakukan yang terbaik mengikut SOP memandangkan dalam situasi sekarang. Insya-Allah kalau tiada apa-apa jenazah akan dikebumikan pada tengah hari esok,” kata Syamel kepada mStar.
Terdahulu suami kepada penyanyi Ernie Zakri itu berkongsi berita sedih“Ya Allah, kau ampunkanlah dosa umiku, kau perlihatkan syurga buat umi, kau jadikan kuburnya seperti taman di taman syurga, kau terimalah segala amal baiknya di dunia untuk dijadikan teman di alam sana.
“Kau terangilah cahaya di dalam kuburnya, sesungguhnya umiku pergi meninggalkan seribu satu ajaran padaku yang akan aku amalkan hingga akhir hayat. Hanya doa yang baik-baik saya harapkan daripada anda semua,” tulisnya.
Menerusi laporan mStar pada 24 Julai lalu, ibu Syamel masih koma selepas terpaksa ditidurkan berikutan masalah kekurangan oksigen dalam badan.
Syamel atau nama sebenarnya, Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, ibunya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah pusat perubatan di ibu kota sejak hampir sebulan lalu.
