Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Takziah_Pelakon Drama Terkenal Berpulang Kerahmatullah Hari Ini -Alfatihah


PETALING JAYA – Pelakon sitkom popular ‘Santan Berlada’, Baharuddin Darus dilaporkan meninggal dunia kira-kira 3.45 petang tadi akibat sakit tua.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 71 tahun di kediaman anaknya di Temerloh, Pahang.

Perkara itu dikongsikan pelakon veteran, Zulkifli Ismail menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Sahabat lama saya, pelakon veteran Baharuldin Darus Asrul Raden Baharuldin telah kembali ke rahmatullah petang tadi.


“Allahyarham terkenal dengan watak Asrul dalam sitkom popular Santan Berlada. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. (Terima kasih Shahrul Amin Mustafa Albakri yang telah menyampaikan berita),” katanya.

Difahamkan, keadaan kesihatan Allahyarham mula merosot sejak dua minggu lalu. 

Sumber:Online