Innalilahi, Khabar Pilu dari Pelakon Terkenal Lalila Nasir telah Meninggal Dunia Si......(Baca Artikel Penuh)..

Pelakon Laila Nasir, 52, tidak menafikan perjalanannya dalam membesarkan dua anak lelaki sejak kematian suami tercinta bukan perjalanan dan pilihan mudah.
Bagaimanapun, dramatis ini mengakui fasa tersebut menjadikannya sebagai wanita dan ibu yang lebih kuat meski pada awal ia suatu yang sukar.
“Pada awalnya agak sukar sukar untuk saya untuk membahagikan masa antara kerjaya seni dan tanggungjawab. Manalah nak uruskan anak dan ‘shooting’ selain berniaga.
“Menjadi ibu tunggal sekelip mata selepas suami meninggal dunia merubah segala-galanya. Tapi ketika itu saya bernasib baik memandangkan kedua anak sudah bersekolah menengah. Jadi mereka sudah pandai bawa diri.
“Saya juga menjaga mereka tanpa bantuan sesiapa. Waktu itu ada ketika saya bagai lemah dan ‘lost’. Tapi anak jadi suntikan semangat untuk saya kerja lebih kuat.
“Tambah pula perjalanan mereka masih jauh dan saya tempat bergantung,” katanya.
Dia bagaimanapun cuba kekal positif meski akur dengan skeptikal gelaran sebagai ibu tunggal.
Bukan senang nak mengharungi hidup tanpa suami. Dengan pandangan itu ini daripada masyarakat. Tapi saya tak larut dengan semua itu. Saya tanamkan semangat positif dalam diri.
“Dalam soal membesarkan anak, saya pasti mahukan yang terbaik untuk mereka tanpa fikir lelah. Kalau kita tak buat itu ini, ibarat takkan ada yang lakukan semua diingini. Jadi, belajarlah buat semua sendirian.
“Keluarga saya terutama emak jadi nadi dan semangat. Mak terutamanya banyak membantu saya menjaga anak dan bagi semangat. Doa ibu itu kan sangat mukjizat,” katanya lagi.