Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Inalillahi.khabar Pilu Dari Pelakon Terkenal Soffi Jikan..


Berita itu mula tersebar selepas tular sebuah video di TikTok yang memaparkan keadaan terkini aktor berusia 54 tahun itu yang terlantar di katil hospital dengan keadaan agak lemah.


Menurut perkongsian tersebut, Soffi sebelum ini dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kencing tikus dan demam denggi yang dialaminya secara serentak

 Soffi Jikan dilaporkan sedang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor selepas mengalami jangkitan kuman pada hati. 

Pelakon filem KL Gangster itu telah dirawat selama lebih kurang seminggu dan dibenarkan pulang selepas keadaan dilaporkan stabil.

Namun, hanya tiga hari selepas keluar wad, Soffi sekali lagi mengalami demam panas dan sakit dada yang berlarutan.

Pemeriksaan awal mendapati kemungkinan terdapat jangkitan kuman pada organ dalaman.

“Mula-mula abang Soffi Jikan masuk wad sebab kena air kencing tikus dan denggi. Lepas enam hari dia keluar, tapi demam semula.

“Sekarang sakit dada, doktor syak jangkitan kuman pula,” tulis pemilik akaun tersebut di ruang kapsyen.


Hasyim berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di TikTok pada Ahad.

Dalam klip berdurasi 15 saat itu, Soffi dilihat sedang menjamu KFC walaupun tiada selera makan.

"Assalamualaikum semua. Sekembalinya saya dari Sabah, saya mengalami demam teruk dan disahkan menghidap denggi serta kencing tikus.

"Setelah beransur pulih, saya menyambung komitmen kerja ke Johor dan kemudiannya ke Padang Besar, Perlis. Di sana, saya mengalami serangan strok haba sebelum dijangkiti kuman pula.

"Kini, saya sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Sungai Buloh. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat,” tulisnya di ruangan komen.

Begitu pun, setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan daripada pihak keluarga atau pengurusan Soffi Jikan mengenai perkembangan terkininya.