Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kronologi Sebenar Di Sebalik Kes Kemat1an Zara Qairina, Orang Ramai Tuntut Penjelasan KPM..

Tragedi menyayat hati membabitkan seorang pelajar 13 tahun, Zara Qairina Mahathir telah menggemparkan seluruh negara selepas dia dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga sebuah asrama sekolah agama di Papar, Sabah


Insiden malang itu bukan sahaja mencetuskan gelombang kesedihan, tetapi juga menimbulkan banyak persoalan yang masih belum terjawab sehingga mencetuskan gerakan solidariti dengan tanda pagar #JusticeForZara yang kini membanjiri media sosial.

Berikut adalah kronologi ringkas kes tragis Zara Qairina setakat ini, 

merangkap Exco pendidikan, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif telah menziarah Noraidah di kediamannya di Kampung Kalamauh Mesapol, Sipitang.


Noraidah dalam pada itu mahu tiada sebarang perkara disembunyikan dalam siasatan berhubung insiden yang menimpa Zara Qairina.


24 Julai 2025 (Khamis)
Gelombang solidariti terhadap Zara Qairina menggunakan tanda pagar #JusticeForZara.
Solidariti itu susulan pendedahan daripada individu yang mendakwa sebagai ahli keluarga Allahyarham Zara Qairina dan hantaran melalui FB telah dikongsikan oleh pengguna media sosial.

25 Julai 2025 (Jumaat)
KPM beri jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian Zara Qairina.

26 Julai 2025 (Sabtu)
KPM sekali lagi beri jaminan bahawa siasatan berhubung kematian Zara Qairina dijalankan secara telus dan adil.